Latar Belakang Kumpulan Iklim - Sejarah & Pencapaian

Kumpulan Iklim

Kumpulan Iklim ialah sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu. Kumpulan Iklim adalah merupakan kumpulan rock yang muncul pada akhir dekad 1980-an atau lebih spesifik lagi pada tahun 1989. Kumpulan ini sinonim dengan penyampaian lagu yang berirama rock perlahan (slow rock).




SEJARAH

Kumpulan Iklim bermula apabila penyanyinya A. M. Salim Abdul Majeed atau Saleem-IKLIM, pada tahun 1988, telah melantik beberapa orang rakan dan anak muda kampungnya bagi menubuhkan sebuah kumpulan nyanyian yang berkonsepkan rock di mana beliau sendiri sebagai penyanyi utama. Terdapat beberapa orang kenalan Saleem menyatakan bahawa ( boleh diragui akan kesahihannya ) penubuhan kumpulan tersebut adalah disebabkan cuaca bagi menangkap ikan di laut tidak mengizinkan pada waktu itu. Nama Kumpulan Iklim adalah sempena keadaan iklim dan cuaca yang tidak menentu di pantai timur yang kerap dilanda ribut dan hujan lebat. Pada awal tahun 1989 iaitu sebelum mencipta nama, kumpulan IKLIM ini kerap mengadakan pertunjukan di kelab sosial / kelab malam dan juga beberapa undangan ekslusif serta majlis kenduri kahwin di sekitar negeri Terengganu.

Pada tahun 1990, SCS Record (Suara Cipta Sempurna) yang kini dikenali sebagai Rock Record of Malaysia telah memberi kepercayaan kepada kumpulan Iklim untuk membuat rakaman album mereka yang pertama. Album tersebut berjudul: Satu Kesan Abadi. Lagu-lagu top hits yang menjadi siulan anak muda daripada album tersebut adalah: SUCI DALAM DEBU , Hakikat Sebuah Cinta , Satu Kesan Abadi , Sandiwara Cinta Semusim Ammarah Bujang Kota & Seribu Penghargaan . Namun lagu SUCI DALAM DEBU begitu GAH ketika itu sehinggakan populariti kumpulan IKLIM naik mendadak secara tiba - tiba,melalui single SUCI DALAM DEBU juga IKLIM telah di nobatkan beberapa anugerah menerusi Industri MUZIK MALAYSIa & INDONESIA pada sekitar tahun 1990 , 1991 & 1992 ,

Antara anugerah yang diperolehi ialah ANUGERAH SRI ANGKASA RTM 1990 - IKLIM / ANUGERAH BINTANG POPULAR 1990 - IKLIM / JUARA LAGU 1990 Suci Dalam Debu memenanggi Juara Lagu Tempat 2 , Lirik Terbaik , Persembahan Terbaik Tempat 3 / PUJAAN 10 RADIO SATU RTM / NESCAFE 1990 - Lagu , Suci Dalam Debu 10 Minggu Berada Di Tangga Pertama Dalam Carta Radio Pujaan 10 Nescafe Lagu Suci Dalam Debu telah berjaya mengalahkan sebuah lagu dendangan Sheqal (Zapin Rindu-rinduan) yang agak lama mendominasi carta muzik tanahair dengan irama balada nusantaranya pada waktu itu , Suci Dalam Debu juga telah memecah rekod Jay Jay & CAFERE menerusi Single mereka Rindu Bayangan yang paling lama pernah bertahan di tangga Pertama selama 6 minggu di carta Radio Pujaan 10 Nescafe .

Pada tahun 1991 Fenomena IKLIM bersama Suci Dalam Debu Dianuggerahkan pula menerusi ANUGERAH TRIPLE PLATINUM 1991 Di MALAYSIA - Album Satu Kesan Abadi Jualan 250,000 Unit , IKLIM juga telah ditawarkan untuk menjayakan sebuah filem yang berjudul "Suci Dalam Debu" di bawah arahan ZULKIFLI M.OSMAN Pada 1991 yang dibintangi oleh Julia Rais , Sidi Oraza , Imuda , Khairil Anwar & pelakon pelakon Veteran Iaitu Aziz Sattar , Aziz Singah , Mak Mah & Affida Es. Walau bagaimanapun watak Saleem dan anggota kumpulan IKLIM dalam filem ini kurang menonjol dan boleh di pertikaikan walaupun suara beliau sering berkumandang di awal hingga akhir filem Suci Dalam Debu . Fenomena SUCI DALAM DEBU terus berlarutan hingga tahun berikutnya iaitu pada tahun 1992 Iklim dinobatkan menerusi dua anugerah dari INDONESIA iaitu ANUGERAH HDX AWARDS INDONESIAN MUSIC INDUSTRY menerusi Suci Dalam Debu - Lagu Terbaik 1992 & Album Suci Dalam Debu menerusi Jualan Terbaik pada 1992 iaitu 1 Juta Unit
Setelah itu,

Populariti Saleem dan IKLIM terus melonjak naik dan banyak antara lagu-lagunya telah menjadi top hits dan diminati ramai. Tidak dapat dinafikan bahawa ada antara lagu-lagunya yang menjadi tema/montaj drama swasta terbitan RTM dan TV3. Tidak kurang juga ada yang menjadi lagu tema filem. Bahkan juga lagu-lagunya sering diputarkan di pasar-pasar raya bagi memeriahkan dan menceriakan suasana membeli-belah. Antara lagu-lagu Saleem/IKLIM yang menjadi pujaan ramai kerana kehebatannya di sekitar 90an hingga sekarang adalah seperti berikut:
artis tanahair yang terkenal dan diminati ramai sebaris dengan artis-artis popular yang lain pada masa itu seperti Jamal Abdillah, Ekamatra dan Wings. Pada awal dan pertengahan dekad 90an, Saleem dan IKLIM telah berjaya menempa nama di luar negeri seperti Republik Indonesia, Singapura, Brunei, selatan Thailand, dan Gugusan Kepulauan Melayu Cocos, Australia.
AHLI-AHLI

Pada asal penubuhannya , Kumpulan IKLIM dianggotai oleh lima orang anak muda yang berasal dari Terengganu, Mereka terdiri daripada A.M Saleem Abdul Majid, Umarul Mahdzar, Mohd Salim, Kamaruddin & Fadhil Suhaimi. Namun perpecahan berlaku apabila pemain gitar kedua, Fadhil Suhaimi keluar daripada kumpulan Iklim semasa proses rakaman album pertama sedang berlangsung. Tempat beliau telah digantikan oleh pemain papan nada, Huzali Ali memandangkan instrumen papan nada banyak digunakan dalam album pertama Iklim - Satu Kesan Abadi (1990). Berikut adalah senarai ahli anggota IKLIM dari 1988 - 2010:

1988 - 1990
A.M Saleem Abdul Majid (Saleem)- Vokalis
Umarul Mahdzar (Umarul)- gitar elektrik & akustik
Mohd Salim (Mohalim)- gitar bes
Fadhil Suhaimi (Fadhil)- gitar kedua
Kamaruddin (Kama)- dram

1990 - 1994
A.M Saleem Abdul Majid (Saleem)- Vokalis
Umarul Mahdzar (Umarul)- gitar elektrik & akustik
Mohd Salim (Mohalim)- Gitar bes
Kamaruddin (Kama)- dram
Huzali Ali (Huzali)- papan nada

1994 - 1996
Saleem - Vokal
Mohalim - Gitar bes
Kama - Dram
Huzali - Papan nada

1996 - 1997
Mohalim - Gitar bes
Kama - Dram
Huzali - Papan nada
Azmani - Vokalis undangan

1997 (bergabung khas untuk album Dirgahayu)
Saleem- Vokalis
Mohalim- Gitar bes
Kama- Dram
Huzali- Papan nada

1998 - 1999
Mohalim- Gitar bes
Kama- Dram
Huzali- Papan nada
Khir- Vokal
Ghani- Gitar

2003 - 2004 (reunion Iklim)
Saleem - Vokal
Umarul - Gitar utama
Mohalim - Gitar bes
Kama - Dram
Huzali - Papan nada

2007 - Iklim & Frenz - Nuansa '07
Umarul - Gitar utama
Mohalim - Gitar bes
Kama - Dram
Huzali - Papan nada
Ghani - Gitar kedua
Vokalis undangan -
Faizal (AF)
Aris Ariwatan
J. Yanzent
Mus (May)
Joey (BPR)

2007 - 2010
Umarul - gitar
Mohalim - bass
Kama - dram
Huzali - papan nada
Selepas IKLIM menempa nama melalui lagu berhantu meraka SUCI DALAM DEBU, Iklim meneruskan perjalanan seni muzik mereka
Album studio


Satu Kesan Abadi - IKLIM ( 1990 )

-Hits Songs -
Suci Dalam Debu ( Wan Zul / S.Amin Shahab )
Hakikat Sebuah Cinta ( Azam Zur'Ain )
Satu Kesan Abadi ( Nasha Kevin / Fawzy Amin )
Sandiwara Cinta Semusim ( Syed Amran / Wan Zul )
Ammarah ( Mohalim / Usop )
Seribu Penghargaan ( Umarul )
Bujang Kota ( Mohalim / Siso )


2. Bulan Jatuh Ke Riba - IKLIM ( 1991 )

-Hits Songs-
Gerhana Cinta Luka ( Umarul )
Selamat Tinggal Penderitaan ( Wan Zul / S.Amin Shahab )
Bulan Jatuh Ke Riba ( Nur Ehsan / Zur Ain )
Sayembara ( Mohalim,Kama / Gebeng )
Elusan Cinta ( Syed Amran / Nur Ehsan )


3. Budi - IKLIM ( 1992 )
-Hits Songs-
Mimpi Yang Pulang ( Syarum Saidin / Adinda Amiro )
Blues Terangganu Kita ( Umarul,Mat Adorina / Mat Adorina,Iklim )
Budi ( Wan Zul )
Mahligai Seribu Mimpi ( Syed Amran / Azida N.S )
Biografi Yang Luka ( Wan Zul / Dr Wan Zawawi )
Mantera Anak Seni ( Wan Zul / Dr Wan Zawawi )


4. Iklim - IKLIM ( 1994 )

-Hits Songs-

Di Pintu Mahligai ( IKLIM / S.Amin Shahab )
Sebenarnya Kata Pujangga ( Azam / Dungun / Aris Ariwatan )
Dialah Segalanya ( Anuar Dahlan / S.Amin Shahab )
Si Karut Marut ( Mohalim / Arab )
Suara Iklim ( J.S Kevin )
Hukum Alam ( Shamsuddin Sidek / Rosli Ali )
5. Bukan Niatku - IKLIM ( 1995 )
-Hits Songs-
Bukan Niatku ( IKLIM / Adinda Amiro )
Kasih Syurgawi ( Awang B.P.R / Azam Dungun )
Hey Maria ( Mohalim / Siso )
Cinta & Khalimah ( Bong / Azam Dungun )


6. Salam Perpisahan - IKLIM ( 1996 )

-Hits Songs-
Karam..Di Laut Duka ( Shamsuddin Sidek / Rosli Ali )
Mungkin Tak Pasti ( Dadang S.Manaf / Lukhman.S
Malang Nasibmu ( Kamal Halim / Bob )
7. Pergimu Satu Tanda - Iklim ( 1998 )
-Hits Songs-
Pergimu Satu Tanda ( Khir Rahman )
Zapin Terbilang ( Mohalim )


8. Bunga Emas - Iklim ( 2003 )

-Hits Songs-
Bunga Emas ( Eddie Hamid / Romali A.S )
Debu - Debu Rindu ( Mat Pintu A.K,A Umarul )
Insan Seni ( Azam Dungun )
Hutang ( Kama / Liman Irfan )
Semut ( Mohalim / Siso )


9. Nuansa - IKLIM & Frenz ( 2007 )

- ( Rakaman Semula )
-Hits Songs-
Madley (Hakikat Sebuah Cinta, Satu Kesan Abadi & Suci Dalam Debu) versi 07
Suci Dalam Debu versi 07 ( vokal - Faizal AF )
Album Koleksi
Dunia Iklim ( 1993 )
-Hits Songs-
Bukan Aku Tak Cinta ( Adinda Amiro & Rosyid Somantri )
Dunia ( duet Saleem & Umarul ) / ( Jeffry Dungun / Mat Adorina )
Patah Ranting Di Cermin Usia ( Annmas / Nur Ehsan )
2. Saleem ( Iklim ) - IKLIM ( 1993 )
-Hits Songs-
Sheilla ( Adinda Amiro & Rosyid Somantri )
What Can I Say ( Bong / Hassan Abdullah )3. Seribu Penghargaan - IKLIM ( 1995 )
-Hits Songs-
Seribu Penghargaan ( duet Saleem & Umarul ) / ( Umarul )
Love U So Much ( Instrumental ) / ( Mat Adorina )4. Sambutlah Tanganku - IKLIM ( 1997 )
-Hits Songs-
Sambutlah Tanganku ( Fauzi Marzuki / S.Amin Shahab )


. Emas Selamanya - IKLIM ( 1997 )6. Dirgahayu - IKLIM ( 1997 )
-Hits Songs-
Bukan Ku Tak Sudi ( Reza / Arab )
Album kompilasi
Iklim & Saleem ( MTV Karaoke ) - ( 1998 )
Saleem IKLIM & Rahmat EKAMATRA - ( 2000 )
Best Of The Best IKLIM & SEARCH - ( 2002 )
Iklim EMAS UNPLUGGED - ( 2003 )
Iklim EMAS MYSTERPICE - ( 2003 )
Iklim EMAS MODERATE - ( 2003 )
Iklim Sesuatu Yang Abadi - ( 2003 )
Iklim Musim Bermusim - ( 2004 )
Iklim Memori Hit - ( 2005 )
Iklim ( KEUNGGULAN Saleem & Iklim ) - ( 2007 )
Iklim ( Nyanyian Syahdu / Saleem & Iklim Terunggul ) - ( 2007 )
FILEM & KONSERT
1991 - FILEM / SUCI DALAM DEBU
( arahan ZULKIFLI M.OSMAN )
( pelakon..Sidi Oraza , Julia Rais , Imuda & IKLIM )
1991 - FILEM / RIANG TIRANA
( menggunakan Lagu IKLIM Sebagai Muzik Latar )
( pelakon Badrul Muhayat & Erma Fatima )
1994 - KONSERT IKLIM - di Tapak Ekspo Seksyen 15, Shah Alam, Selangor (19 Jun 1994)


LAGU & SINGLE POPULAR

Suci Dalam Debu
Bukan Aku Tak Cinta
Di Pintu Mahligai
Gerhana Cinta Luka
Blues Terangganu Kita
Bukan Ku Tak Sudi
Bunga Emas
Mimpi Yang Pulang
Karam..Di Laut Duka
Sheilla
Bukan Niatku
Sambutlah Tangan Ku
Hakikat Sebuah Cinta
Selamat Tinggal Penderitaan
Namun Ku Punya Hati
Mantera Anak Seni
Sayembara
Ammarah
Mahligai Seribu Mimpi
Sebenarnya Kata Pujangga
Patah Ranting Di Cermin Usia
Datang & Pergi
Satu Kesan Abadi
Bulan Jatuh Ke Riba
Budi
Dunia
Sandiwara Cinta Semusim
Biografi Yang Luka
Elusan Cinta
Suara Iklim
Seribu Penghargaan
Debu Debu Rindu
Pergimu Satu Tanda
Kasih Syurgawi
Mungkin Tak Pasti
What Can I Say
Love U So Much ( Instrumental )
Insan Seni
Dialah Segalanya
Hukum Alam
Bujang Kota
Malang Nasibmu
Cinta & Khalimah
Si Karut Marut
Hey Maria
Eksperesi Funky
Hutang
Abadi
Senandung Semalam
Semut
PENGHARGAAN & ANUGERAH
( IKLIM - 1990 - 2004 )
           
ANUGERAH SRI ANGKASA RTM 1990 - Kumpulan Muzik Terbaik / IKLIM
ANUGERAH BINTANG POPULAR 1990 - Artis Berkumpulan Paling Popular / IKLIM
JUARA LAGU 1990 Suci Dalam Debu - Juara Lagu Tempat 2 / Lirik Terbaik / Persembahan Terbaik Tempat 3
PUJAAN 10 RADIO SATU RTM / NESCAFE 1990 - Lagu , Suci Dalam Debu 10 Minggu Tangga 1 Dalam Carta Radio ( Rekod )
ANUGERAH TRIPLE PLATINUM 1991 Di MALAYSIA - Album Satu Kesan Abadi Jualan 350,000 Unit
HDX AWARDS INDONESIAN MUSIC INDUSTRY - Suci Dalam Debu Lagu Terbaik 1992
HDX AWARDS INDONESIAN MUSIC INDUSTRY - Album Suci Dalam Debu Jualan Terbaik 1992 ( 1 Juta Unit )
ANUGERAH SRI ANGKASA RTM 1991 - Kumpulan Muzik Terbaik / IKLIM
ANUGERAH BINTANG POPULAR 1991 - Artis Berkumpulan Paling Popular / IKLIM
ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 1993 - Saleem ( IKLIM ) / Memenangi Kategori Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam album
ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 1993 - Iklim / Memenangi Kategori Rakaman Album Terbaik
TV SINGAPORE ( SBC RIA ) 1993 - Iklim / Memenangi Kategori , Kumpulan Muzik Terbaik , Menerusi Lagu BUKAN AKU TAK CINTA
MUZIK - MUZIK 1994 TV3 - Lagu / Bukan Aku Tak Cinta 24 Minggu Dalam Carta ( Rekod )
ANUGERAH PLATINUM 1994 - Album Dunia Iklim - Jualan 200,00 Unit
ANUGERAH PLATINUM 1995 - Album Iklim 94 - Jualan 120,00 Unit
ANUGERAH PLATINUM 1997 - Album Emas Selamanya Iklim - Jualan 200,000 Unit
ANUGERAH PLATINUM 1997 - Album Dirgahayu Iklim - Jualan 150,000 Unit
ANUGERAH EMAS 2004 - Album Bunga Emas Iklim - Jualan 50,000 Unit

No comments:

Post a Comment